Hari ni hari rabu, hari terakhir kulliyyah..esok dah nak masuk minggu revision walaupun sebenarnya aku masih ada kelas networking, dua kelas lagi..
Hari ni dah tak ada lagi kelas management dan islamic, knowledge and civilization as well.. Tinggal kelas marketing yang aku kena present the report..
Well, i am not that nervous for that presentation because it just a simple presentation, but then a problem occur and unintentionally my friend read and explain my slides...huh..I am going crazy on that matter..
But What can i say, it already passed and Alhamdulillah,
I get to manage it wisely..
Saat menaip ni, aku sedang berada di cafe econ tingkat paling bawah, bersendirian ditemani angin kencang yang sedang membawa perkhabaran bahawa sebentar lagi hujan akan turun dengan lebat..Makin lama, angin makin kencang dan cuaca makin sejuk.jam baru menunjukkan pukul 3.45 petang tapi hari sudah gelap, seperti waktu tibanya maghrib.
Aku masih setia menanti antivirus ni habis di download..
Sungguh,wireless uia ni agak lembap jugak sebenarnya..
Tapi tak mengapa,
Aku masih punya banyak waktu untuk melayari internet di sini..
Petang nanti aku harus pulang untuk mengulangkaji pula..
Sungguh aku benci suasana bilik ku..
Mahallah Haleemah Blok A1.1 compartment c,
itu lah tempat yang aku selalu habikan masa dengan tidur...
Tiada lagi aktiviti lain selain itu, memandangkan suasana d situ..
Tingkat paling bawah sememangnya tingkat yang paling sejuk antara semua level..
Disokong lagi dengan kehadiran pokok rendang dengan rumpunan buluh yang lagi 'menceriakan' suasana bilik tu...
Cuaca sentiasa redup dan akan sentiasa kelihatan seperti petang, walaupun pada waktu-waktu matahari sedang tegak membakar di atas kepala.
Aku perlu melakukan sesuatu tentang hal ni..
Memandangkan aku akan tinggal di situ satu semester lagi pada semester yang akan datang..
Yelah, kalau dibiarkan, aku akan jadi buntal lah tidur sokmo..
well, whatever it is...
Exam is just around the corner,
hari pertama examku ialah pada 29 haribulan,diikuti 30 haribulan dengan kertas bahasa Melayu, dan 31 dengan kertas computer networking...
Kemudian aku akan berehat selama seminggu sebelum paper marketing pada 9hb,
10 haribulan dengan information retrieval dan diakhiri 11 dengan management..
Kepada sesiapa yang membaca blog ni, wish me millions of lucks ok...
12 haribulan dah mula cuti tapi aku belum beli tiket lagi untuk pulang..
Ada program IPtA comrade di kampung Teji dan Kampung Abu dekat dengan Cameron Highland. Aku insyaAllah akan ke kampung Teji..
dan dbekerja under Research and Development bereau (R&D)..
InsyaAllah kami akan di sana selama seminggu bermula 12hb N0vember sampai lah 18..
Alah, karang jer lah aku cerita pasal benda tu..
banyak lagi benda yang nak kena settle down sebelum exam..
Well, ada masalah sikit untuk download antivirus ni..
Aku rasa nak pulang dulu lah dan buat on line dari ofis mahallah jer nanti..
Sebenarnya aku nak cerita pasal "orang yang berakhlak"..
Tapi tak pe...kejap lagi aku on line balik yer...
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
………………………………
Nah,,aku udah sampai di mahallah…
Sepanjang perjalanan tadi fikiranku agak kacau sekejap sampaikan tersalah jalan. Aku terpilih jalan yang panjang dan akhirnya bila sampai di jambatan belakang female sport complex, aku terpaksa naik tangga depan gate hafsah kerana hujan dah turuuuuun…
Mujur hujan tak lah lebat mana, kalau tidak, lencun lah aku dibuatnya..
Urmm..urmm..urmmm..
Seperti yang dijanjikan, petang ni aku akan bercerita tentang akhlak.
Andaikata akhlak ku termasuk dalam level paling kritikal, aku harap dengan aku membuat coretan seperti ini, aku juga dapat mengubah diriku sendiri.
Well..well..well..
Akhlak baik,
Boleh juga dikatakan sebagai perangai baik,
Bukan dimiliki oleh semua orang..
Kalau boleh aku rumuskan dengan formulaku sendiri, inilah takrifan aku terhadap akhlak yang baik:
Ikhlas(dari sudut hati yang paling dalam X tak ada niat berpura-pura)
+
Sikap positif (terhadap sesiapa pun)
=
Akhlak yang baik..
Nah, bagi aku, orang yang berakhlak tu bukan sekadar berbuat baik depan orang tapi dibelakang boleh pulak cakap:
“aku ni bukannya apa..nasib baik lah aku ni ada akhlak, kalau tak dah lama aku maki orang tu depan2 die…”
Ni ape hal ni, kata berakhlak, tapi ada pulak niat nak maki orang….
2x5 jugak kesannya…
Ni lagi satu ayat..:
“si fulan tu mat capub betul lah..nasib aik lah aku ni berakhlak, kalau tak, dah lama aku pi tonjol-tonjol diri macam yang dia buat tu…”
Hello bro! ni ape hal ni, kata berakhlak, tapi yang sibuk-sibuk kata orang kat belakang apesal?dengki pulak tu…
Well, lebih kurang macam tu lah…
Dalam dunia kita hari ni, ada berapa ramai agaknya yang benar2 berakhlak baik?
Aku sendiri tak ada jawapannya…
Kalau nak sampai ke tahap akhlak para nabi, sufi, wali, memang susah lah agaknya kan… tapi aku yakin, kalau kita selalu mendengar kisah mereka dan kita hayati, aku pasti kita akan dapat mempelajari sesuatu dan menyerap sesuatu untuk dibawa masuk kedalam hidup kita.
Waktu aku dalam form 5, aku ada terbaca kisah seorang sufi..
Cerita ni aku baca pun lepas diceritakan oleh sahabat karibku,nysa..
Ni kisah dahulu kala…
Ada seorang sufi yang sangat warak, taat beribadah kepada Allah,dan bonus lagi, memiliki wajah yang bercahaya…boleh dikatakan hensem jugak lah kot..
Pada waktu itu, dikisahkan si sufi hendak dinikahkan dengan seorang gadis yang warak lagi cantik. Memandangkan kedua-duanya sudah sama-sama padan dan sekufu, persetujuan pun dibuat untuk mengahwinkan mereka berdua oleh kedua-dua pihak keluarga si gadis dan sufi.Alkisah, menjelang hari pernikahan yang lagi berapa hari tu, ada orang datang menyampaikan khabar berita bahawa si gadis tadi dijangkiti penyakit cacar. Maka gempar lah kedua-dua keluarga,Almaklum lah penyakit cacar pada masa tu bukan macam sekarang yang dah ada ubat canggih2..Kira penyakit yang mengaibkan jugak lah macam penyakit sopak dan lain-lain lagi..
Keluarga si gadis gundah gulana mengenang nasib anak gadis mereka yang bakal ditolak oleh kelarga sang sufi dan mereka yakin pernikahan pasti dibatalkan kerana anak mereka tidak lagi cantik dan sekufu dengan sang sufi…
Sedang bergundah gulana tu, sampailah khabar ke keluarga si gadis bahawa sang sufi telah dijangkiti sakit mata sehingga mengakibatkan buta.
Dipendekkan cerita, perkahwinan pun terus dilanjutkan memandangkan keadaan mereka sekarang sudah kembali setaraf lagi…
Maka hiduplah keluarga itu dalam keadaan yang rukun dan damai sehingga beberapa tahun kemudian..
Beberapa tahun setelah pernikahan itu, si gadis telah ditakdirkan jatuh sakit dan meninggal dunia tidak berapa ketika setelah itu..Maka terbukalah satu rahsia besar yang telah disimpan sang sufi bertahun-tahun lamanya.
Dia sebenarnya tidak buta..
Dia berpura-pura buta kerana tidak mahu membuat si gadis merasa sedih dan menambah lagi gundah di hati keluarga gadis itu disaat anak gadis mereka dijangkiti penyakit..Para sahabat sufi tersebut amat terkejut mendengarkan perkara tersebut dan amat takjub dengan akhlak yang dimilikinya..
Huh…penat dah tanganku menaip…
Amacam cerita ni, ada kaitan kah?? Hehe..
Kalau tak ada kaitan tu, buat-buat kait jak lah ya….
Well, orang-orang yang baik akhlaknya, begini lah ..
sedaya upaya mengelakkan diri dari melakukan perkara
yang boleh menyakiti hati dan perasaan orang,
lebih-lebih lagi perkara yang dibenci orang.
Semoga kita diantara mereka…
Hari dah petang…
Aku mengantuk sangat nih….
Nak tidur kejap sebab nanti kena bangun belajar untuk kuiz esok…
Till then, salam…
ما راحني بنت سوني, كلية الاعلام وتكنولوجيا الاتصالات ، الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا...
tentang Sang Blogger
- aNeeQ
Its a trilogy, the journey of my final year project, photography and me, also my passion on reading.. ngeee~~~ enjoy..!!!
StuFFz
go to d gym every weekend,
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^
My Favourite kitaB (al-Qur'an)
Siapa yang tak mengikutinya kerana kesombongan, dia pasti akan dibinasakan ALLAH.. Siapa mencari petunjuk diluarnya, maka dia pasti akan di sesatkan ALLAH.. Dengan berpegang kepadanya, hawa nafsu tak akan menyimpang, lidah pun akan tegak dalam kebenaran.. Pendapat ahli ilmu tak akan bercabang bersamanya, para ulama' tak akan merasa kaya dengan ilmunya.. Orang2 bertaqwa tak akan bosan membaca dan merenunginya.. Barangsiapa mendapat ilmu darinya, pasti dia unggul.. siapa menggunakan konsepnya, dia pasti berada dalam kebenaran.. siapa yang menetapkan hukum dengannya, pasti berlaku adil.. Siapa mengamalkan kandungannya, dia pasti diberi pahala.. dan siapa yang mengajak orang lain kepadanya, dia pasti ditunjuk ke jalan lurus..