tentang Sang Blogger

My photo


Its a trilogy, the journey of my final year project, photography and me, also my passion on reading.. ngeee~~~ enjoy..!!!

StuFFz

go to d gym every weekend,
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^

My Favourite kitaB (al-Qur'an)

Siapa yang tak mengikutinya kerana kesombongan, dia pasti akan dibinasakan ALLAH.. Siapa mencari petunjuk diluarnya, maka dia pasti akan di sesatkan ALLAH.. Dengan berpegang kepadanya, hawa nafsu tak akan menyimpang, lidah pun akan tegak dalam kebenaran.. Pendapat ahli ilmu tak akan bercabang bersamanya, para ulama' tak akan merasa kaya dengan ilmunya.. Orang2 bertaqwa tak akan bosan membaca dan merenunginya.. Barangsiapa mendapat ilmu darinya, pasti dia unggul.. siapa menggunakan konsepnya, dia pasti berada dalam kebenaran.. siapa yang menetapkan hukum dengannya, pasti berlaku adil.. Siapa mengamalkan kandungannya, dia pasti diberi pahala.. dan siapa yang mengajak orang lain kepadanya, dia pasti ditunjuk ke jalan lurus..

20081104

November3rd,2008

Dah masuk hari ketiga dalam bulan November.Aku masih belum pasti samada dapat pulang atau tidak. Program C.O.M.R.A.D.E akan berlangsung antara 12 november sampai 18..Cuti semesterku Cuma berbaki 4minggu lagi. Tekadku, aku ingin memenuhi masa cuti ini dengan aktiviti yang menyeronokkan, disamping mempelajari java programming..Kali ni, aku ingin menguasai subjek ‘bahasa computer’ yang amat terkenal tu. Walaupun element programming C++ ku hari tu Cuma dapat B, kali ini aku bertekad untuk dapat A dalam java . Ya Allah bantu aku..teman2, doakan aku.. Semester depan merupakan semester yang amat ku tunggu2 memandangkan banyak subjek yang menarik bakal ku pelajari. Antaranya Multimedia, accounting, O.B,dan tidak terkecuali java.
Rasanya semester ni adalah semester yang agak menyebalkan bagi aku. Banyak masalah. Masalah pelajaran, masalah jiwa, masalah kawan2, masalah, masalah dan masalah..Tapi semua itu aku ambil secara positif dan akan kujadikan pengalaman terindah dalam hidupku.

Bercerita pasal kehidupan, hari ni merupakan antara hari yang aneh bagi aku selama hidup di uia. Tenaga yang kumiliki seakan akan luar biasa sehinggakan aku mampu mengelilingi kampus uia sebanyak dua kali dalam satu hari ja..berjalan kaki pulak tu..Temujanji dengan rumeysa,kawan berbangsa turki yang sedang mengambil pengkhususan dalam bidang mechatronics di kulliyyah engineering terpaksa disingkatkan kepada 5minit memandangkan aku terlewat sampai ke bangunan r&d. Sungguh dia antara inspirasi terhebat di uia. Rekod nya mendapat high score in the world subjek business dalam exam A-level bukan pencapaian yang calang-calang orang bisa capai..dan aku, deans’ list pun terhegeh-hegeh mau kejar.. Pengajarannya, contohilah dia..hehe..

Setelah aku selesai mendapatkan cop dan tandatangan untuk borang permohonan sue, aku bergegas ke mahallah untuk menghantar borang itu. Dalam perjalanan, sempat lagi aku singgah di sport complex tengok orang main squash sekejap. Rasanya petang ni aku nak pegi gym lah..Dah lama sangat tak pegi gym.Lemak-lemak dah semakin membiak dalam badan ni. Berat badan dah mencapai tahap kritis. Diperkuat lagi dengan jarak masa yang agak lama aku tak salur darah ke Pusat Darah Negara. Exam marketing ada lebih kurang seminggu lagi dan aku belum ada mood untuk buka buku. All about fun and enjoy ja yang aku fikir. Bukannya apa, kalau terlampau stress pun nanti diri sendiri yang rugi. Baik nikmati ja hidup ni seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada, usahakan apa yang tak ada. Tapi jangan pernah kesal kalau tidak dapat memiliki sesuatu, kerana segala yang kita dapat didunia ini adalah mengikut kadar yang telah ditentukan Allah.
Well, seperti biasa, setiap pertemuan, aku akan membincangkan satu topic.Dan kali ni topic yang ingin kubincangkan adalah mengenai keikhlasan..

Apa agaknya makna ikhlas?tulus, mulus… Macam-macamlah definisi yang kita boleh dengar kan..Tapi antara perumpamaan yang aku pernah dengar mengenai ikhlas adalah,ianya seperti semut hitam diatas seketul batu yang hitam dimalam yang sangat gelap. Terlihat kah??? Ada juga yang mengatakan ikhlas tu adalah menyembunyikan kebaikan sepertimana menyembunyikan kejahatan. Jelas kan takrifan2 ini. Lalu aku sering tertanya, kenapa ada orang selalu menyebut: “aku ikhlas….blah…blah..blah…”
Tepuk dada, Tanya minda…..

Bagaimana nak menghadirkan ikhlas dalam diri, bagi aku itu bergantung pada kesucian hati seseorang individu. Dan kesucian itu pula, bergantung pada individu itu juga untuk menyucikannya.Bagi aku sendiri, ikhlas itu adalah antara nikmat terbesar yang Allah pernah kurniakan atas muka bumi ni. Indahnya sebuah keikhlasan itu dapat ditangkap oleh mata kasar kesannya, dan hati dapat merasakan getarannya.Aku mau menjadi orang yang ikhlas.. Walaupun sebenarnya aku tau untuk mencapainya itu bukan seperti memetik bunga melor di taman, sungguh ia tak semudah itu…ceh, tetiba pulak bunga melor..hehe..
Walau apapun kebajikan yang kita lakukan, kita harus lakukannya dengan ikhlas. Kerana salah satu syarat kebajikan itu diterima adalah niat yang ikhlas. Alangkah indahnya hidup orang-orang yang ikhlas, melakukan segalanya hanya kerana Allah.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang ikhlas..

Dan hujan pun turun dengan lebatnya…..
Niat ke gym terbatal lagi petang ini…


Cuaca redup,5.15 ptg.
3November2008….

Qomuus

tHaNks 4 ViewinG this bLog....luv,aNeeQ..