Usai quiz kedua untuk subjek networking, aku melangkah perlahan setelah berborak kosong dengan Laila, gadis Thailand yang mempunyai otak logik yang sangat aktif dan luar biasa. Kepintarannya menguasai subjek-subjek logik amat menakjubkan kerana dia bukan sekadar mendapat markah tinggi yang bukan kepalang, tetapi penuh..kalau ada yang salah pun dalam satu atau dua soalan ja..Setelah mengucapkan terima kasih kepada pensayarah subjek ini atas segala tunjuk ajar yang dia dah berikan, aku dan Laila keluar dan munuju ke jalan masing-masing.
Sepanjang perjalanan, aku cuba mengamati apa yang ada disekeliling. Tiada apa yang menghiburkan lagi memandangkan semua orang sedang sibuk dengan persiapan terakhir peperiksaan. Suasana amat sepi, kosong ,seperti yang aku sedang rasakan di dalam hati. Dalam perjalanan itu aku cuba mengingat kembali apa yang aku telah rancangkan untuk malam ini. Puas aku selami kotak ingatanku tapi hampa. Aku tak dapat mengingat apa pun. Tiba-tiba aku terasa hendak singgah di bilik salah seorang kawan ict ku untuk melihat buku accounting miliknya.InsyaAllah aku akan ambil subjek ni semester hadapan, jadi aku harus membuat persiapan rapi untukmenghadapinya memandangkan ianya subjek kegemaranku..hehe.
Rancak berbual sampai tak sedar malam sudah semakin tua… Rancangan untuk tidur sebelum 12 tengah malam terpaksa aku batalkan dan mengubah kepada rancangan lain.Revisi cerita sepanjang semester ni dicanang, malah berulang. Kegagalan aku mencapai level markah yang diimpi amat mengecewakan, dan walaupun hal itu telah berlalu, aku disegarkan kembali dengan kalimah-kalimah bangga dari bibir kawanku. Sungguh cemburu menguasai 70% benak sanubariku. Pencapaiannya terlalu membanggakan.Dan sungguh, terlalu banyak lompang negative dalam diriku yang mengatakan aku belum layak untuk itu..Ya Allah, bantu aku..
Perjalanan hidup masih panjang dan aku sedar masih banyak ruang untuk aku mengubah segalanya, dengan izinNYA jua..diperkuat lagi dengan kata-kata “markah bukan segala-galanya..” Hati mula pasrah dengan coretan yang sudah terbuku.Namun fitrah boleh berubah kalau kita sendiri yang tidak menjurus ke arah itu..aku yakin akan hal itu..
Urmmmm…..
Tentatif malam ni mencoretkan aku harus merevisi tujuh bab UNGS2040.Namun aku belum memulakan langkah pecutan akhirku. Sejenak lagi mungkin. Mujur segala bahan telahpun siap ku atur rapi di atas meja,menanti aku menilitinya dan mengambil semaksimum mungkin fakta buat menghadapi medan pertempuran akhir semester ini.
Terlalu banyak mengeluh yang tak pasti tiada guna. Nasib tak pernah berubah kalau tidak diperjuangkan. Kata-kata yang terlalu banyak kadang-kadang menyebalkan dan tidak memberi manfaat. Cukuplah kata-kata yang ringkas tetapi kesannya menyemarakkan, kerana kata-kata bukanlah bukti unggulnya perasaan. Umpama pencinta-pencinta palsu yang gemar mencanang perasaannya. Padahal yang terkandung di dalam itu Cuma benda biasa. Begitulah….
Nampaknya, mentari pagi sudah mula menunjukkan tanda-tanda akan muncul. Izinkan aku undur diri buat kali ini. Aku akan menghilang paling kurang seminggu, merapikan diri dengan bekalan ilmu, bersedia memecut dengan pecutan akhirku menghadapi titik final exam semester ni..
Di tengah malam yang dingin…
Kedinginan yang teramat…
ما راحني بنت سوني, كلية الاعلام وتكنولوجيا الاتصالات ، الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا...
tentang Sang Blogger
- aNeeQ
Its a trilogy, the journey of my final year project, photography and me, also my passion on reading.. ngeee~~~ enjoy..!!!
StuFFz
go to d gym every weekend,
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^
My Favourite kitaB (al-Qur'an)
Siapa yang tak mengikutinya kerana kesombongan, dia pasti akan dibinasakan ALLAH.. Siapa mencari petunjuk diluarnya, maka dia pasti akan di sesatkan ALLAH.. Dengan berpegang kepadanya, hawa nafsu tak akan menyimpang, lidah pun akan tegak dalam kebenaran.. Pendapat ahli ilmu tak akan bercabang bersamanya, para ulama' tak akan merasa kaya dengan ilmunya.. Orang2 bertaqwa tak akan bosan membaca dan merenunginya.. Barangsiapa mendapat ilmu darinya, pasti dia unggul.. siapa menggunakan konsepnya, dia pasti berada dalam kebenaran.. siapa yang menetapkan hukum dengannya, pasti berlaku adil.. Siapa mengamalkan kandungannya, dia pasti diberi pahala.. dan siapa yang mengajak orang lain kepadanya, dia pasti ditunjuk ke jalan lurus..