tentang Sang Blogger

My photo


Its a trilogy, the journey of my final year project, photography and me, also my passion on reading.. ngeee~~~ enjoy..!!!

StuFFz

go to d gym every weekend,
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^

My Favourite kitaB (al-Qur'an)

Siapa yang tak mengikutinya kerana kesombongan, dia pasti akan dibinasakan ALLAH.. Siapa mencari petunjuk diluarnya, maka dia pasti akan di sesatkan ALLAH.. Dengan berpegang kepadanya, hawa nafsu tak akan menyimpang, lidah pun akan tegak dalam kebenaran.. Pendapat ahli ilmu tak akan bercabang bersamanya, para ulama' tak akan merasa kaya dengan ilmunya.. Orang2 bertaqwa tak akan bosan membaca dan merenunginya.. Barangsiapa mendapat ilmu darinya, pasti dia unggul.. siapa menggunakan konsepnya, dia pasti berada dalam kebenaran.. siapa yang menetapkan hukum dengannya, pasti berlaku adil.. Siapa mengamalkan kandungannya, dia pasti diberi pahala.. dan siapa yang mengajak orang lain kepadanya, dia pasti ditunjuk ke jalan lurus..

20081020

iseng-iseng

Hari ni hari isnin..
Aku terlewat bangun dari tidur.
Mujur kelas "Islam,knowledge and civilization"
telah pun berakhir jumaat lalu dan ini bermakna tiada lagi
kelas pukul 8.00-9.00 pagi di bangunan admin.
Dengan berakhirnya kelas "Islamic, Knowledge and civilization"
tu juga bermakna tiada lagi adegan perempuan kurus berlari-lari,
tergopoh gapah dengan buku-buku yang berat di tangan
melalui jalan mahallah haleemah,
terus ke mahallah asma dan akhirnya keluar melalui pagar mahallah hafsa.

Semua itu sudah berakhir..
Sudah tiada lagi..
Kini aku merindui pengajaran dari prof yang penuh dengan inspirasi,
penuh dengan motivasi..
Tiada lagi kata-kata:
"when i was in u.s........blah...blah...blah.."
"When i was in Oxford.....blah..blah..blah..."
Ada macam-macam lagi ayat yang sesungguhnya
akan ku simpan teguh dalam kotak fikiranku.
Berbicara tiga bulan dengan beliau umpama lapan
tahun perjalanan yang tiada henti,
dan sudah pasti lah pengembaraan itu adalah pengembaraan yang amat mengesankan.
Seolah-olah kita sedang mengembara ke salah sebuah universiti terkemuka di dunia,Oxford University...
Seumpama kita sedang berjalan-jalan di amerika Syarikat,
dan bagaikan kita sedang menyelami ke alam saintifik, bidang astronomi;
Menjelajah ke bintang-bintang, bulan, matahari...
Malah cabang sains yang lain termasuklah perubatan, bioteknologi dan cabang lainnya...

Aku selalu tak puas hati bila dapat guru yang "strict at marking"...
Tapi baru kali ini bertemu dengan seorang guru yang mengajarkan aku bahawa
"markah bukan segala-galanya.."
Markah yang banyak tiada maknanya jika dimiliki oleh orang yang kosong hatinya..
Gred yang baik tiada erti kalau berada ditangan seseorang yang tertutup mindanya..

Proses menuntut ilmu itu proses mengenal diri,
Sejauh mana kita berjalan untuk mengecapnya,kita akan lebih mengenal diri kita.
Gred dan markah tinggi adalah bonus tambahan kepada pencari ilmu sebenar..

Ilmu umpama air laut..
Dahaga kita tidak pernah terpenuh dengannya..
Kalau kita minum juga, kita akan menjadi lebih dahaga..
Perumpamaan yang baik untuk ilmu.
Semakin banyak yang kita ketahui,
semakin banyak lagi yang ingin kita terokai..

dalam kiraan seminggu lagi,
semester ini akan berakhir..
dan aku akan melangkah ke tahun kedua
dengan penuh harapan dan cita-cita baru....
Aku harapkan kedewasaan di tempat suci ini..

...............

Usai kelas management yang terakhir dan marketing,
waktu itu jam di tanganku menunjukkan tepat pukul 1.00tengahari..
Dalam keadaan yang dingin, hujan lebat penyebabnya,
aku melalui jalan Library,Celpad,Babush, dan diantara bangunan central dan HS,
aku terserempak dengan cikgu matematikku waktu tingkatan5 dulu,
U.tamrin yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang 'engineering'..
Tapi sekarang tengah buat master lah kiranya...

Perjalanan diteruskan menuju ke mahallah...
Hujan seperti mengerti rintihan hatiku yang selalu bohong..
Sungguh aku rindu kampung halaman tapi aku tidak pernah mengakuinya..
yah, Sekali lagi insan ego seperti aku tidak akan pernah mahu kelihatan lemah..
aku tidak mahu menjadi seperti 'typical' perempuan-perempuan lain.....
Walaupun dihati sebenarnya, aku adalah 11 kepada 12 mereka..
(hehehehe)
Hampir pukul 1.45petang, aku tiba dihadapan pintu kamar...
masuk...
menyimpan barang...
meluru ke pembasahan lantas berwudhuk..
mengerjakan solat zuhur....
Usai solat, aku tertidur keletihan.....

....aneeq...

Qomuus

tHaNks 4 ViewinG this bLog....luv,aNeeQ..