Selalunya, musim raya ni lah ramai yang berduyun2 nak buat majlis walimah..almaklumlah,
cuti agak panjang, jadi masa untuk buat persiapan tu pun kira boleh tahan lah..
Di Uia ni sendiri, kawan ku ana yang menetap di jogja pulang akhir ramadhan tu lebih awal untuk menyempurnakan
majlis pernikahannya di sana. Selamat aku ucapkan buat dia. Semoga dia beroleh kebahagiaan sampai bila2.
Aku juga berharap dia telah bertemu dengan insan yang tepat dan compatible dengan dia yang amat baik..
Well, aku sebenarnya nak hadiahkan dia cerita nih, tapi aku sendiri tak pasti sama ada dia boleh paham atau tidak
cerita2 bahasa Melayu yang agak pasar..hehe.btw,enjoy the story..
ni lah dia....................
Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya….
Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:
“Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.
Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”.
Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.
Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.
Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”.
Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.
Disakitkan-NYA kite sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA, disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.Dipangil-pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!!
kupetik dari iluvislam.com
Ternyata untuk membuat pilihan tentang pasangan hidup tu bukan benda yang main2....
Adakalanya kita jumpa orang yang kurang dari kita..
Tapi kita tinggalkan dia kerana kita anggap dia tak setanding kita..
Adakalanya kita jumpa yang "memiliki segalanya"..
Tapi kita bukan lah orang yang layak untuk berdampingan dengannya..
Sungguh, untuk mencari manusia "belahan hati" kita tu bukan perkara mudah,
jangan sampai kita terpesona dengan kilauan amat menyinar yang datang dari dasar lautan
lantas kita selami lautan dalam itu..
Bila kita sudah sampai ke dasarnya, ternyata kilauan yang kita sangka Mutiara tadinya itu
tidak lain hanyalah serpihan pasir yang tak berharga...
^_^
ما راحني بنت سوني, كلية الاعلام وتكنولوجيا الاتصالات ، الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا...
tentang Sang Blogger
- aNeeQ
Its a trilogy, the journey of my final year project, photography and me, also my passion on reading.. ngeee~~~ enjoy..!!!
StuFFz
go to d gym every weekend,
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^
Go to d Library for leisure,
internet surfing everyday except sunday,
reading almost everytime (bookworming process),
get together with friends in hs cafe every weekend,
play squasy in drimzz,
travel with friends once in a year,
go back to hometown twice a year
Watching movie with roommates everytime after finish the exams,
Talking with mumz in phone almost everyday,
Sms'ing Nysa at least once in a week,
huhhh!!! there's a lot more but it's really tiring to write out all of my stuffz... ^_^
My Favourite kitaB (al-Qur'an)
Siapa yang tak mengikutinya kerana kesombongan, dia pasti akan dibinasakan ALLAH.. Siapa mencari petunjuk diluarnya, maka dia pasti akan di sesatkan ALLAH.. Dengan berpegang kepadanya, hawa nafsu tak akan menyimpang, lidah pun akan tegak dalam kebenaran.. Pendapat ahli ilmu tak akan bercabang bersamanya, para ulama' tak akan merasa kaya dengan ilmunya.. Orang2 bertaqwa tak akan bosan membaca dan merenunginya.. Barangsiapa mendapat ilmu darinya, pasti dia unggul.. siapa menggunakan konsepnya, dia pasti berada dalam kebenaran.. siapa yang menetapkan hukum dengannya, pasti berlaku adil.. Siapa mengamalkan kandungannya, dia pasti diberi pahala.. dan siapa yang mengajak orang lain kepadanya, dia pasti ditunjuk ke jalan lurus..